GAMBAR NABILA HUDA MEROKOK DIKRITIK PEMINAT

Nampaknya Nabila Huda bikin panas lagi. Entah apa yang difikirkan beliau. Adakah ini salah satu prinsip tidak hipokrit yang dipegang oleh Nabila Huda? Atau beliau sengaja memuat naik gambar merokok berkenaan sedangkan ianya cuma ‘lakonan’ beliau sahaja untuk mencari publisiti?



Susah nak diperkatakan namun gambar Nabila Huda merokok ini telah mengundang kritikan dari peminatnya sendiri. Tidak dinafikan ada yang setuju, namun ada yang mempertikaikan aksi terbaru Nabila Huda ini. Seolah-olah Nabila sudah lali dengan kontroversi. Apapun kita tunggu reaksi Nabila. Apa pula yang dia akan jelaskan kali ini.

 

0 comments: