Gambar mesra Hanis Zalikha tersebar
PERJALANAN sebagai seorang selebriti tidak menjanjikan seseorang itu akan melalui detik-detik indah semata-mata dalam hidupnya.
Sebaliknya, tatkala kaki melangkah ke dalam bidang seni, maka artis tersebut perlulah bersedia berkongsi segala cerita termasuk perihal peribadinya.
Biarpun sedaya upaya ditepis, namun lama kelamaan seseorang itu harus akur bahawa hak privasinya tidak lagi seperti dahulu dan perkara itu diakui sendiri oleh selebriti yang semakin meningkat naik, Hanis Zalikha.
Mengakui tidak selesa dan berasa janggal apabila kisah peribadinya menjadi perhatian, namun akhirnya terpaksa akur bahawa kedudukannya sebagai seorang selebriti tidak memungkinkan dia boleh berbuat demikian.
"Saya akui, pada mulanya saya tidak suka bercakap mengenai hal peribadi, tapi lama-kelamaan saya mula belajar bahawa ada kalanya bukan kerja sahaja diberi perhatian, tetapi juga kehidupan peribadi seseorang artis itu.
"Bagaimanapun saya jadi lebih berjaga-jaga agar perkara yang tidak sepatutnya didedahkan, diketahui umum kerana nanti lain pula jadinya.
"Lagipun saya tak mahu orang salah sangka mengenai penglibatan saya dalam bidang ini.
Saya tak mahulah hanya kerana satu perkara remeh, karier saya jadi taruhan," ujarnya yang mula dikenali menerusi filem Gangster Celop.
Ditebak mengenai gambar mesranya dengan seorang lelaki tersebar di ruang maya minggu lalu, Hanis yang juga pengacara dan blogger terkenal mengakui agak terkejut dan bingung mengenai punca penyebaran gambar tersebut.
"Gambar tersebut diambil dua tahun lepas dan lelaki tersebut adalah bekas teman lelaki saya. Dia yang muat naik gambar tersebut di laman Instagram miliknya.
"Saya pun agak tertanya-tanya apa motif di memuat naik gambar itu. Mungkin dia terkenang kembali kot (ketawa). Mula-mula saya tak kisah mengenai gambar tersebut, tetapi bila keluar di dada akhbar dan ada pula yang kata saya kaki propa, jadi tak seronoklah.
"Bagaimanapun saya difahamkan, dia sendiri sudah memadam gambar tersebut. Apa yang berlaku ini saya anggap sebagai lumrah apabila bergelar artis," jelasnya.

0 comments: