Diana Nasir punca Fizo Omar putus cinta dengan Haas?
Ahad, 26 Mei 2013
Diana Nasir punca Fizo Omar putus cinta dengan Haas - Kakak
kepada pelakon jelita, Anzalna iaitu Diana Nasir mengakui memang
berkawan rapat dengan Fizo Omar, namun wanita ini menafikan
sekeras-kerasnya gosip liar mengatakan dia ialah penyebab utama pelakon
kacak itu putus cinta baru-baru ini.
Walaupun Fizo sudah menjelaskan punca sebenar perpisahan antara dia dan
bekas kekasihnya, Haas, namun masih ada pihak yang mendakwa Diana adalah
orang ketiga dalam hubungan Fizo dan Haas. Ini berikutan Diana yang
pernah digosipkan bercinta dengan Fizo sebelum ini.
“Saya orang ketiga? Tidak lah! Kejamnya soalan awak ni..."
“Saya tak mahu komen panjang benda ni,
nanti orang akan lagi lah tambah cakap yang bukan-bukan. Ya, kami memang
kawan rapat sejak dua tahun lalu. Tapi saya bukan orang ketiga, okay.
Tak benar! Sejak akhir-akhir ni kami pun jarang berjumpa, cuma
kadang-kadang ada lah BBM (Blackberry Messanger) atau Whats app dia.
Saya pun tak mahu lah kacau dia sebab dia dah ada kekasih."
“Tapi bila keluar berita dia berpisah,
saya dah dapat agak dah, orang mesti nak kaitkan saya, kata Diana Nasir
orang ketiga lah… dan sebagainya. Padahal saya bukan orang ketiga, okay.
Dakwaan tu tak benar. Tapi apa nak buat… saya terima dan biarkan saja
lah. Mulut orang kan… lantak lah."
0 comments: